Assalammualaikum & Hi
Alhamdulillah, rezeki jual tempoyak. Ehhh. Hihi. Saya gurau saja. Sihat semuanya? Say #Sihat bersama Quaker Oats. Cik Oren sihat juga. Kebal juga diri daripada benda alah. Palis-palis orang bilang. Maklumlah, cuaca di KK ndak menentu. Kerap hujan di waktu petang dari minggu lepas lagi. Mana tidaknya, bulan-bulan yang lepas musim panas. Ya kan? Jumaat lepas jalan-jalan di area Teluk Likas, syiok jalan kaki berhujan pula. Si kawan bilang kalau esoknya kita cergas, kuat betul kita lepas kena hujan ni.
Oh ya kan, isi perut dengan Creamos pula ni entri. Produk tempatan Roti Krim Creamos dibeli di kedai Makcik Suka Senyum. Awesome! Mula-mula nampak tu, Cik Oren belek-belek jak. Macam Gardenia Bread Bun pulak. Ada cop RM1.00 di belakang bungkusan. Betul ka ndak harga tu. Ishhh. Naaa.. 2 terus dibeli. Ada 3 perisa pilihan; coklat, jagung & vanilla. Mau yang mana? :D