Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Friday, 18 April 2014

Sabar Itu Indah 1: Ditimpa Musibah


Assalammualaikum & Hi.

Salam Jumaat. :)

Sabar Ketika Ditimpa Musibah.
Credit: Kisah Teladan
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali
dengan izin Allah."
(Surah at-Taghabun 64:11) 

              Musibah itu di luar ikhtiar atau jangkaan manusia, yakni ia datang terus daripada Allah SWT. Kadang-kadang sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri kita. Ketika diuji, lihatlah dengan mata hati dan fikirkanlah sebaik-baiknya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Usah biarkan mata hati kita kabur dan hati kita buta untuk menilai. Banyakkan bersabar ketika ditimpa musibah.



#oren

Thursday, 17 April 2014

KHAMIS 1: Usah Sombong

Assalammualaikum & Hi.

Kisah Nabi Adam A.S 
     Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah SWT untuk bersujud di hadapan Nabi Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah SWT yang diberikan amanah menguasai bumi. Iblis merasa dirinya lebih mulia kerana ia diciptakan daripada unsur api, sedangkan Nabi Adam daripada tanah dan lumpur. Sifat bangga akan asal usul menjadikan iblis sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Nabi Adam A.S walaupun telah diperintahkan oleh Allah SWT. 
 Sumber: Buku Kisah-kisah Para Nabi & Rasul, Al-Hidayah 

Teruskan membaca ya? Terima kasih. :)
Hiasan: Blog FAEZ
 "Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezeki-Nya? 
Bahkan mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri(dari kebenaran)."
Surah Al-Mulk, ayat 21.

"Dan sungguh, ia(syaitan itu) telah menyesatkan sebahagian besar di antara
kamu. Maka apakah kamu tidak mengerti?"
Surah Yasin, ayat 62.

     Dalam hidup yang sementara ini, ubahlah sifat-sifat mazmumah(tercela) yang kita rasa ada dalam diri kita, yakni terapkanlah sifat-sifat mahmudah(baik). Kalau ada rezeki lebih, bersyukurlah dan manfaatkan ke jalan Allah SWT. Misalnya, bersedekah.

#oren


Review Product #1: SimplySiti Clear Solution

Assalammualaikum & Hi. *updated

           Mata ni bila tengok PROMOSI kat Watsons, ada je nak dibeli. Memang niat nak cari medicine untuk jerawat pasir di muka. *sabar jak kau. Ni first time try product #SimplySiti Clear Solution; Acne & Oil Control. Sesuai untuk para wanita yang ada masalah acne, juga sesuai untuk teman-teman seusia awal 20-an gitu. *krik, krik, krik. Lain produk, lain peringkat umur ok? Siapa bertuah, memang dapat la RM50/set untuk produk ni bulan Feb yang lepas. 
Masih tertarik, menarik jangan jatuh? Teruskan membaca. 

 
Ni pencuci muka CS Charcoal cleanser. Warna isi: Kelabu.
Ia mengandungi ekstrak charcoal dan enzim betik.
Sesuai untuk kulit muka berminyak dan sensitif.

Wednesday, 16 April 2014

Timbang Berat Blog :)


Assalammualaikum & Hi.


Credit to Kulinbaek
p/s : Berat yang ok: <150kb.

Ni berat badan blog Oren. :)



Domain(s)anda: Diperkuat oleh http://trainerfariz.blogspot.com
(contoh http://trainerfariz.blogspot.com )
Credit to: Fariz Reza

#oren

Segmen : Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru


Assalammualaikum & Hi.

 Sempat ke tak ni? Tarikh tutup HARI NI. Apr 16, 2014. #ngehhhhh
*hihihihi

 

Nama blog & blogger: A Girl On A Mission; Cik Oren
 Umur blog: 2 minggu :) since April 4, 2014
Followers: Baru 8 orang. *sabar

Cerita dalam blog:
Full-time student #UiTMDiHatiku
i. Perkongsian; motivasi
ii. Berita - bola, bola, bola :)
iii. Review Novel - kerja Cik Oren sebagai part-time novel reader *hihihi
iv. Segmen-segmen blog

Thank you so much Hasrul Hassan.

#oren

WORDLESS WEDNESDAY #1 : Bila Aku Kata


Assalammualaikum & Hi.


 #oren

Say #IAmNgapSayot vs ATM, April 15, 2014


Assalammualaikum & Hi.
 
TAHNIAH. :)
Source: Sarawak FA 2014

Source: Sarawak Football FC


#oren



Monday, 14 April 2014

Anak Muda Di Rantauan


Assalammualaikum & Hi.

Anak muda di rantauan,
semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan,
bersyukur tak terkira.

         Begitulah lagu di malam hari. Tersentuh pula hati ni mengenangkan nasib tak balik kampung untuk mid-term break ni. Asyik on the phone dengan sepasang kekasih yang dianugerahkan Allah SWT kat kita ni.  #MakAyah. hihihi. Bergosip dengan mak gitu.

Say #ILoveMyy #IMissMyy
         Teringat pula Aidiladha yang lepas. Beraya tanpa family members. Nasib la ada classmates yang tak balik kampung juga. Masak-masak lauk, gotong-royong gitu. #Awesome. Itulah kata orang cabaran bila kita kat tempat orang. Syiok juga ni first time beraya di Kota Kinabalu. Uinaaa. #Sabah bah. hihihi.

         Nak juga balik tapi cuti seminggu je. Assignment lagi. Naaaa. :) Lepas cuti kena hantar. #dalam hati kata "aku tak siapkan lagi." The taxi cabs and busy street can't bring me back to my #awesome Miri City, but KEEP CALM & It's Semester Break.


#oren

Sunday, 13 April 2014

Terkesan di hati; Salam Takziah.


Assalammualaikum & Hi.

Jari-jari ligat scroll tetikus wall FB, terbaca rintihan sedih seseorang yang kehilangan kawan. Mangsa maut di tempat kejadian bersama seorang rakan akibat kemalangan seawal jam 6.50 pagi tadi. 2 lagi cedera parah. Terkesan juga di hati walaupun pada fizikalnya kami saling tidak kenal; hanya di muka buku.
Al-Fatihah.

Foto 
Credit to : myMetro


p/s : Berhati-hati di jalan raya.

#oren

SEGMEN : Blogwalking by DayangDeno


Assalammualaikum & Hi.

TAMAT SUDAH. :)


Cute kan mata kelip-kelip gitu? :) Sambil blogwalking, dapat kawan baru. #Awesome. 
Syarat-syarat penyertaan mudah je.  JOM JOIN.

Tarikh Tutup : 11.59pm, 1 Mei 2014

Review Novel #1 : Bila Nak Saksi by RM


Assalammualaikum & Hi.
 

Kisah cinta Usop dan Lit. :)

             Jalan cerita yang menarik dan BEST. Novel ni dah masuk cetakan ke-5. Tak habis baca lagi la. Sekali shopping novel lebih daripada 2, simpan tak baca. Baca bila ada masa dan SEBELUM tidur. Mudah sikit nak pejam mata :). Kan part-time novel reader? *hihihi.

             Kasihan Ayah Lit asyik tanam semula pokok pisang. Lit punya pasal suka lepas geram kat pokok pisang ayahnya. Habis ditumbuknya. Lit nikah dengan Usop, berwalikan Ayah Lit TAPI tanpa hadirnya Lit di hari pernikahan.

Jemputlah baca Bila Nak Saksi, karya Rehan Makhtar.

Sekian.


#oren
 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren