Assalammualaikum & Hi. :)
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan.
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan.
(Ramli S)
Sememangnya kau, aku, dan kita semuanya sama cuma amalan kita berbeza.
Dari itu, usahlah kita memandang rendah terhadap kekurangan insan lain.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada meskipun berbahagia dalam hal-hal
yang kecil. Biarpun kasutmu bukan diperbuat daripada emas yang
berkilauan atau tidak berkasut, usahlah mengeluh, ada insan istimewa di
dunia ini tanpa berkaki.
Firman Allah SWT yang bermaksud "Jika kamu bersyukur, sungguh
pasti aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu." (Surah Ibrahim 14:7)
Tanamkan sifat qanaah dalam diri dan sentiasa berasa cukup dengan apa
yang dimiliki. Lapangkan hati untuk menerima setiap ujian yang menimpa
ke atas diri kita kerana ada insan lain yang ujiannya lebih berat dari
kita.
#oren