Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Saturday, 3 May 2014

SEGMEN: Giveaway Cash RM50 by Cik Ayue


Awesome Giveaway Cash RM50.
$$$$$$$ :)

Salam ('',)

(Klik banner di atas untuk join)

facebook link : ReeRynn
twitter id : March 17 (rina_zaidi)
instagram id :Cik Oren takde Instagram. :)


Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue !!


#oren

TUTORIAL : Gambar Animated GIF Photoscape

Assalammualaikum & Hi.

Tengok gambar Cik Oren on letf side.
Gerak-gerak gitu. Comelkan?
Errrrrr..memuji. Khas untuk pengguna Photoscape. 
Ada file Photoshop tapi tak install. #oren~~~
Tak reti nak guna *sebenarnya. hihihi
#sabar jak la orang bilang.

P/S : Gambar di bawah ni medium size. 
Nak view lagi jelas, KLIK saja gambar. :)
 
 Klik Animated GIF .

Dah?
 
Ikut urutan nombor ANAK PANAH okay?
  1. Pilih gambar-gambar yang berkenan di hatimu, drag ke ruangan atas.
  2. Change Time - pilih masa pergerakan gambar yang anda mahu. Berapa saat pergerakan? :)
  3. Change Effect - pilihlah mana-mana ; no effect ke, slide up down left right, convert to white black. #Cik Oren guna No Effect. :)
  4. Set Canvas Size - Ni untuk size gambar ; kecil, besar, lebar, rectangular. :)
Gerak-gerak dah gambar tu kan?
SAVE kalau dah puas hati ya?
Selamat Mencuba.


#oren

Friday, 2 May 2014

Puisi 2 : Kerdilnya Aku


Credit : Caza




Duhai hati,
Mengapa mudah benar kau robek?
Mengapa mudah benar kau terguris?
Tiada tertahan olehku
Sekalipun mungkin kata-kata itu 
tiada tersengaja kasar lafaznya
Isyak menyapa namun masih jua
tangisku berlagu.

Ya Allah,
Sedar aku ini  hambaMu yang kerdil,
Sedar aku ini tiada lari daripada ujianMu,
Sedar aku ini semakin cuba mendekatiMu
semakin kuat aku diuji,
Sedar aku ini perlu berbahagia bila diuji,
Kerdilnya aku.
nukilan : Cik Oren - Mei 1, 2014

#oren

Thursday, 1 May 2014

KHAMIS 2 : Panduan Memilih Sahabat

Assalammualaikum & Hi.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah SWT, 
dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.”
Surah al-Taubah: 119
Credit : Zaki Halim
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah
diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan."

Panduan  Memilih Sahabat - Al-Qamah
  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu.
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu. 
 Lihat Sifat Sahabat Sebelum Memilih- Abu Sulaiman
  1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
  2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.
Bacalah perkongsian ini juga : Pengaruh Rakan Dalam Kehidupan


#oren

Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday

~: : TAMAT : :~

Comel kan? :)


Bismillahirrahmanirrahim.
Sempena genap setahun usia my babies a.k.a Max & Bella pada 16 April 2014,
Yana nak anjurkan Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday


Klik-klik :)




Jemput JOIN Sekaki ya? GIVEAWAY Max & Bella

Sekian.

#oren

Tuesday, 29 April 2014

WORDLESS WEDNESDAY #3


Assalammualaikum & Hi.



#oren

NUFFNANG : CPUV Campaigns


Assalammualaikum & Hi.

Thanks Nuffnang.
       Cik Oren ni selalu tak sedar "payday" gitu. :) Cek je akaun Nuffnang, duit tabung dah bertambah. Quite surprised juga sebab blog kita ni baru bertapak tapi dah rezeki kita. Syukurlah. Thank you so much buat anda sekalian yang sudi klik ads Nuffnang kita. :)

Terima kasih daun keladi,
Ringan tangan klik ads lagi.

~ : : PERKONGSIAN : : ~
 
             Pernah lihat kucing terbiar di lorong-lorong kedai dan di mana saja? Apa perasaan anda? Kalau Cik Oren, mudah sangat nak sentuh kucing di mana saja Cik Oren jumpa. Seriously. Sampai dapat gelaran "Ibu Kucing" daripada ibu saudara Cik Oren.

             Kan dah kata jumpa kucing memang tak boleh lepas. Petang-petang jalan kawasan apartment. Jumpa Cik Kitty ni. Oh ya..hari tu ada seorang pakcik ternampak ragam Cik Oren bercakap dengan seekor kucing kat kedai makan. Entah faham, entah tidak kucing dan Cik Oren. Subhanallah katanya.

Kasih kita sesama makhluk Allah SWT.
Kalaupun kita tak sukakan kucing, usah ganggu kucing ya?
Dan juga haiwan-haiwan yang lain.


#oren


Sunday, 27 April 2014

Tadahkan tanganmu ; Berdoa


Assalammualaikum & Hi.

"Hendaklah di antara kalian mengadukan segala urusannya hanya kepada Allah saja, walaupun hanya tali sandal yang putus." (HR. Tirmidzi).

Credit: Tupai Karan
           Sekadar perkongsian dan pandangan peribadi Cik Oren. :) Syiok orang bilang baca post facebook, ramai ni yang post doa minta panjang jodoh, minta diberi kekuatan, macam-macam lagi. Ligat juga otak berfikir. Bukankah lebih baik jika nak doa didengar oleh Allah, tadah tangan dan berdoalah. Ini tidak, tangan dok catat saja kat muka buku. Inilah yang membuatkan Cik Oren buat research untuk mencari kebenaran, yakni hukum menulis doa di facebook. Cik Oren baca untuk renungan dan buat rujukan. Selebihnya, dari kita saja. Nawaitu kita.

Kita baca ini satu-persatu :



Ø¥ِÙŠَّاك Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِين
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."
Surah Al-Fatihah, Ayat 5

"Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu
kemudian Dia menuju ke langit lalu Dia menyempurnakannya menjadi
7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
Surah Al-Baqarah, Ayat 29

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sesungguhnya berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." 
  Surah Al-Baqarah, Ayat 45 

#oren 

SEGMEN: Jom Tambah Followers by FAIZ


Assalammualaikum & Hi.


 Kita sokong new blogger macam Faiz. :)
Sambil blogwalking blogger yang join, kita boleh tambah followers.
Lagi banyak kita share info.
Jom JOIN.
Syarat-syarat amatlah mudah;
Follow blog Faiz, buat entri segmen, dan letak link artikel blog
di ruangan komen segmen. :)

Selamat bersegmen.
Sekian.

#oren

Puisi 1 : Temanku

 Dulu kita bersama
Dalam suka dan duka
Kau tersenyum, ku tertawa
Kau menangis, ku turut merasa
Seri di wajahmu
Ceria dijiwaku.

Temanku,

Masihkah kau ingat
saat kaki kita kepedihan mengatur langkah
di jalan hidup yang penuh duri?

Masihkah kau ingat 
manisnya aiskrim vanila coklat
yang kita makan bersama?

Masihkah juga kau ingat
rintik-rintik hujan yang membasahi
payung kita?

Comelkan saat itu? :)

Namun semua itu hanya menjadi
daun-daun kering yang berguguran
dan redha ditiup angin dek kerana ada 
jurang seluas lautan yang  tercipta di antara kita.
Sedangkan dulu kita tiada beza
Sedangkan dulu juga kita seiringan bersama.

Temanku,
Walau ku dilupakan namun
jangan kau lupakan saat jatuh 
bangun kita bersama.
Di hatiku ini masih 
terpahat erti sahabat kerana 
sekali kawan, selamanya kawan.

nukilan: Cik Oren - April 26th, 2014

#oren
 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren