Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Friday 9 May 2014

Cara Membersihkan Hati Manusia

Assalammualaikum & Hi.

Panduan Imam al-Ghazali

Carilah hatimu pada 3 tempat:
  • Sewaktu bangun membaca al-Quran,
  • Jika tiada kau temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat,
  • Jika tiada kau temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika tiada kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru 
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjt6NUM4t4dv9mDYKws9Yq4eW0JBGyf3Q0eZHzRW0jhgp1iMy1RcBPg1Cmqxcv17qBUiyvb5xg_VAwBw1wJhHGBDtIEmVpC2H93dQoPUSqz7QuGpXxbQBQ2_ebCmtsmqQWEVVMZZNlCNDo/s1600/obat_hati_by_flatusgun-d46dohr.png 

 Kaedah Membersihkan Hati

  1. Membaca Al-Quran
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
Surah al-Isra' 17:82 
     2.  Mendirikan solat
 "...jika kamu ingin bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana
solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba
kepada Allah."
al-Hakim 
     3.  Mengingati Mati
Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang
banyak mengingati mati."
  • Ingat mati - memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat, dosa
  • Ingat mati - memadamkan rasa enggan melaksanakan kebaikan
  • Ingat mati - sesungguhnya menghidupkan hati
  • Ingat mati - pembasuh hati yang gelisah dan resah. 
 Renungan buat kita bersama meskipun perkongsian ini bukanlah
 hak cipta terpelihara Cik Oren. In sha Allah, Cik Oren sentiasa ingat 
untuk letak sumber bahan perkongsian. (Labels)

Sekian.
#oren
 

7 comments:

msredcheesecake said...

takutnya kalau hati mati

Unknown said...

Mudahan kita dijauhi dari hati mati. :)

Unknown said...

hai, akak tag cik oren utk liebster award ^^ kalau sudi jawab yer. heee ^^

http://kalishabanyakcakap.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-saling-berkenalan.html

wancrazykid said...

panduan hidup hari muka :)

Unknown said...

Thanks kak Kalisha. In sha Allah, dalam proses siapkan entry award tu. :)

Nina Mads said...

jalan2 singgah sini dr blog deno :) semoga kita diberi hidayah

Unknown said...

In sha Allah. :) Saling beringat sesama kita.

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren