Nanti 5 Ramadhan kita ada saudara baru ya?
Moga dipermudahkan urusan Felixia Yeap nanti.
Alhamdulillah, beberapa jam lagi nak sambut Ramadhan.
Puasa elok-elok, jangan puasa buka periuk. Krik, krik, krik.
Biasakan diri anda dengan bunyi cengkerik di Nursery Kaktus Oren.
Sila beri perhatian kerana ini zon orang kecik comel Viva Elite.
Every Ramadhan masa secondary school memang sambut kat sekolah dengan budak asrama. 3.30 pagi dah kena pergi dewan makan. Itu dia bunyi tray ketang ketung. Sabar je la penghuni bilik yang lain. Tak cukup dengan itu, ada beberapa orang makhluk Allah ni pergi ketuk tray tu dengan sudu seakan-akan benda alah itu beduk memanggil "Sahur, sahur, sahur." Terima kasih saja. Boleh kira berapa orang pelajar tunjuk muka sahur di dewan. Petang nak berbuka, makcik kantin dah siap dengan ais ketul 50 sen. Para pelajar dengan gayanya baju kurung, baju melayu. Kacak kitak orang nak sungke (berbuka). Setiap bahagian tray tu ada isi. Special time Ramadhan.
Rindu pulak zaman persekolahan. Ramadhan tahun ini sambut dengan le housemates, le classmates khususnya, warga kampus khasnya & warga KK City amnya *skemanya aku. Siaplah Bazaar Ramadhan UA1. Nak ayam percik, ayam penyet, dan ayam golek motocar. Ehhh.. Bersihkan hati kita dengan banyakkan beramal. Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Niat dengan ikhlas, biar seiring juga dengan perbuatan kita.
Salam Ramadhan.
Mohon ampun & maaf andai ada terkasar bahasa.
Sekian saja warta Warga Kecik Kiut.
#oren
6 comments:
rindu zaman berpuasa di sekolah haha..macam macam hal :D tapi rasa excited bila tunggu waktu nak berbuka tu..dewan makan pun penuh shj..best meriah
Best kan? Macam-macam kerenah pelajar. :)
Rindu pula zaman puasa di KMS . Hehehe selamat berpuasa cik oren .
You too Nik. :) Salam Ramadhan.
Selamat Berpuasa
You too kak Fuza. :)
Post a Comment