Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Saturday, 28 June 2014

WAJIB BACA #11: Sahur Ramadhan & Budak Asrama

Assalammualaikum & Hi. *updated

Nanti 5 Ramadhan kita ada saudara baru ya? 
Moga dipermudahkan urusan Felixia Yeap nanti.
Google
Alhamdulillah, beberapa jam lagi nak sambut Ramadhan. 
Puasa elok-elok, jangan puasa buka periuk. Krik, krik, krik.
Biasakan diri anda dengan bunyi cengkerik di Nursery Kaktus Oren.
Sila beri perhatian kerana ini zon orang kecik comel Viva Elite.
         
Google
         Sejak tahun 6, somewhere in 2004 dulu lagi Cik Oren dah tinggalkan family. Bukan tinggal lari, study purpose. Jadi budak asrama gitu. Maklumlah ayah balik kerja lewat, payah pulak dia nak ambil Cik Oren kalau ada apa-apa aktiviti petang. Itulah terbiasa duduk jauh dari family sampai sekarang. Tak payah nak sedih sangat. Krik, krik, krik. 

Google
         Every Ramadhan masa secondary school memang sambut kat sekolah dengan budak asrama. 3.30 pagi dah kena pergi dewan makan. Itu dia bunyi tray ketang ketung. Sabar je la penghuni bilik yang lain. Tak cukup dengan itu, ada beberapa orang makhluk Allah ni pergi ketuk tray tu dengan sudu seakan-akan benda alah itu beduk memanggil "Sahur, sahur, sahur." Terima kasih saja. Boleh kira berapa orang pelajar tunjuk muka sahur di dewan. Petang nak berbuka, makcik kantin dah siap dengan ais ketul 50 sen. Para pelajar dengan gayanya baju kurung, baju melayu. Kacak kitak orang nak sungke (berbuka). Setiap bahagian tray tu ada isi. Special time Ramadhan.

       Rindu pulak zaman persekolahan. Ramadhan tahun ini sambut dengan le housemates, le classmates khususnya, warga kampus khasnya & warga KK City amnya *skemanya aku. Siaplah Bazaar Ramadhan UA1. Nak ayam percik, ayam penyet, dan ayam golek motocar. Ehhh.. Bersihkan hati kita dengan banyakkan beramal. Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Niat dengan ikhlas, biar seiring juga dengan perbuatan kita. 
Google
        Lagi satu Cik Oren nak kongsi khas untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerap berdoa, minta pada Allah SWT supaya Dia kurniakan apa jua kiranya ilmu dan dipermudahkan kita untuk menerima ilmu-Nya. In sha Allah, mudah untuk kita belajar. Segala sesuatu yang Dia aturkan untuk kita, itulah yang terbaik. Alhamdulillah, dengan izin-Nya segala urusan pembelajaran Cik Oren semester ini berjalan dengan baik. Moga apa yang Allah SWT  tunjukkan pada Cik Oren beberapa hari yang lepas menjadi sinar jaya untuk final exam semester ini.

Salam Ramadhan.
Mohon ampun & maaf andai ada terkasar bahasa.
Sekian saja warta Warga Kecik Kiut.
          

#oren

6 comments:

Iola said...

rindu zaman berpuasa di sekolah haha..macam macam hal :D tapi rasa excited bila tunggu waktu nak berbuka tu..dewan makan pun penuh shj..best meriah

Unknown said...

Best kan? Macam-macam kerenah pelajar. :)

N A S said...

Rindu pula zaman puasa di KMS . Hehehe selamat berpuasa cik oren .

Unknown said...

You too Nik. :) Salam Ramadhan.

AwekTrader said...

Selamat Berpuasa

Unknown said...

You too kak Fuza. :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren