Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Sunday, 8 June 2014

Tea Time: Bubur Pulut Pearl

Assalammualaikum & Hi.

Wanna try something new for tea time?
Mungkin ada yang tahu, ada yang samar-samar tahu.
Meh sini Cik Oren cerita.
One of my favorite. :)



Bahan-bahannya:
- Santan 1 paket
- Tepung pulut
- Gula melaka (cairkan)
- Daun pandan
- Pewarna hijau
- Sedikit garam
1. Cairkan gula melaka.
Ni Cik Oren guna gula melaka jenis pepejal.
Ala yang keras buku-buku tu. :)
Cukup-cukup manis la. Ikut citarasa anda.

2. Adunan tepung pulut
Gaul tepung pulut dengan air dan sedikit garam.
Kemudian bahagi 2, 1 warna plain, 1 lagi hijau.
Nak tambah warna lain pun cantik. :)
Masukkan air sikit-sikit, takut terlebih cair.

3. Operasi pulut pearl
Adunan tepung tak melekit?
Good. :)
Gulungkan tepung tu kecil-kecil pearl.
Kecil sikit dari biji guli.
Karang terlebih besar, tak terjawab Cik Oren.
Tersangkut pulak kat kerongkong.

4. Masak bubur
Firstly korang kena panaskan air kosong.
Masukkan air bancuhan santan paket tadi.
Biarkan sekejap, masukkan pulut pearl & daun pandan.
Once pulut pearl timbul, masukkan gula melaka.
Rasa kuah bubur, cukup manis ke tidak.
Cukup lemak ke tidak.
Rasa juga pearl. :)

Selamat Mencuba.

#oren

6 comments:

Al-hafiez Abdul Masid said...

Wah sedapppp. Lapar terus.hahah T_T

Rina Zaidi said...

Mau? Pi ambil di rumah. Hihihi

sHaRiNa eLyaNa said...

wahh..sdpnya...hihi
thnks for sharing resepi :)

Rina Zaidi said...

:) Selamat mencuba. Hihihi. Hai Sharina.

RDZ Z said...

Wah sedapnya Rina..boleh cuba ni..macam senang aje..he..he

Rina Zaidi said...

Memang senang. Macam kita buat kuih Buah Melaka tu. :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren