Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Thursday, 5 June 2014

KHAMIS 4: Kalau Aku Buat Dosa

Assalammualaikum & Hi.

Credit: Muslimah Sejati

Kalau aku buat dosa...
Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu
yang bermanfaat. Aku pasti sentiasa murung dan
akan wujud keresahan dalam hati. Segala urusan yang aku
lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan. 
Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
Terasa sempitnya dadaku.

Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.
Ya Allah, aku ingin bertaubat. Aku menyesal atas segala dosa 
dan maksiat yang aku telah lakukan.

(Rujukan: Ibnu al-Qayyim, ad-Da' wa ad-Dawa)
Sumber: Pahrol M.J

Taubatlah sebelum terlambat.

"Kecuali orang yang bertaubat, beriman, dan mengerjakan amal soleh;
maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Surah al-Furqan 25:70


Sekian.


#oren

7 comments:

Al-hafiez Abdul Masid said...

Wallahu a'lam :')

Encik Ket said...

Allah menguji kita dgn dua keadaan. samaada dgn kesenangan atau kesusahan. :)

drshikinzainal @ ekin said...

Ermmm...betul.
Saya dah rase natijah dosa saya tu.

Unknown said...

Kita sama-sama mampu memperbaiki diri kita. In sha Allah ya Dr. Shikin?. :)

drshikinzainal @ ekin said...

Insyaallah. Thanx bagi semangat kat saye, Rina.

Tunsha Ayunie said...

Bila datang kifarah dosa, sentiasa bersyukur kepadaNYA... alhamdulillah...

Invest Nuff sini ^^

Unknown said...

Sekecil apapun nikmat, ia memberi manfaat pada diri jika diterima dgn penuh rasa syukur.

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren