Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Sunday, 18 May 2014

Puisi 3: Tahu Aku

Assalammualaikum & Hi.

Tahu aku,
Jalan hidup ini penuh liku,
Kanan kiri bertemankan racun dan madu,
Termenungku sendiri mengenangkan 
masa lalu.

Tahu aku,
Andai kemewahan kugenggam,
Andai tiadaku hias diri dengan amalan,
Sedang ilmu bertapak di dada,
Tersasar pula diriku akhirnya nanti.
Lantas bagaimana dengan imanku?
Kemaskah sudah sulaman taqwa 
menghiasi peribadiku?

Tahu aku,
Harus berani melangkah terus ke hadapan,
Sarat jiwaku ini dengan impian
Mencari sinar harapan iman bercahaya
Menghapus segala kegelapanku.

Tahu aku.

Nukilan,
Cik Oren, 18.05.2014

4 comments:

Fadzi Razak said...

Cik Rina ni kaki puitis ye?

Rina Zaidi said...

Agaknya kakitangan puitis gitu..hihihi..kita minat sastera.

Encik Ket said...

iman sudah ada, cuma perlu sentiasa digilap.

hayunkan langkah dengan rasa kasih.

Rina Zaidi said...

In sha Allah. :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren