Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Thursday, 22 May 2014

Isi Perut dengan Creamos "A Master Baker"

Assalammualaikum & Hi

          Alhamdulillah, rezeki jual tempoyak. Ehhh. Hihi. Saya gurau saja. Sihat semuanya? Say #Sihat bersama Quaker Oats. Cik Oren sihat juga. Kebal juga diri daripada benda alah. Palis-palis orang bilang. Maklumlah, cuaca di KK ndak menentu. Kerap hujan di waktu petang dari minggu lepas lagi. Mana tidaknya, bulan-bulan yang lepas musim panas. Ya kan? Jumaat lepas jalan-jalan di area Teluk Likas, syiok jalan kaki berhujan pula. Si kawan bilang kalau esoknya kita cergas, kuat betul kita lepas kena hujan ni.

         Oh ya kan, isi perut dengan Creamos pula ni entri. Produk tempatan Roti Krim Creamos dibeli di kedai Makcik Suka Senyum. Awesome! Mula-mula nampak tu, Cik Oren belek-belek jak. Macam Gardenia Bread Bun pulak. Ada cop RM1.00 di belakang bungkusan. Betul ka ndak harga tu. Ishhh. Naaa.. 2 terus dibeli. Ada 3 perisa pilihan; coklat, jagung & vanilla. Mau yang mana? :D

In Kota Kinabalu

      Memang betul RM1.00 jak. Makcik tu sendiri yang cakap. Alhamdulillah sebab ndak dijual dengan "mark-up" price. Maklumlah itu biasanya berlaku. Cik Oren pernah kena masa teringin sangat nak makan bun Gardenia. Cop harga RM1.00+ seperti gambar di atas, tapi orang tu jual RM2.00+. Orang tu kasi conteng tu cop harga dengan marker. Masih boleh nampak jo. Mau makan punya pasal, beli jak la. Si kawan dengar jak Cik Oren merungut pasal harga bun tu. Hihihi #BikinPanas.

Sekian.


#oren


8 comments:

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Xpernah lagi jumpa brand ni, inikan pula cuba kan...
Kat mana jual ney?

*Singgah sambil menabung mr.nuff (^^,)

cahaya nur said...

nur pun pernah kena gak..beli roti dari babu yang jual naik motor..harga yang dia tampal rm 3.50...rupa-rupanya bawah harga yang di tampal tue ada harga sebenar..rm 2.50...

Rina Zaidi said...

Macam baru lagi di pasaran brand ni. Jualan area KK. :)

Rina Zaidi said...

Kan? Dah jadi kebiasaan pula orang buat macam tu.

Encik Ket said...

bg tau saya maksud prkataan pelik ni!! palis-palis????

nice nama kedai 'makcik suka senyum'.. :D

saya kat sini jarang dah makan coklat. barang semua naiiikkkkkkkk...

Rina Zaidi said...

Palis-palis tu kira macam "minta dijauhkan". Biasanya kalau kita takut sesuatu yang tak diingini berlaku. :)

Marou Apple Hijau said...

Kat semenanjung ada jual tak

Rina Zaidi said...

Rasanya tiada sebab kilang roti ni di area KK. :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren