Credit: Babylon |
Tentunya kita maklum dengan Hanging Gardens of Babylon kan? Sedikit sebanyak yang Cik Oren tahu, Babylon ialah bandar yang terkenal pada zaman Mesopotamia. Ingat lagi dengan topik dalam subjek Tamadun Dunia masa Pra-U dulu. Terbayang juga wajah guru yang mengajar. Dalam bahasa Akkadian, bav-il atau bav-ilim bermaksud 'Gate of God' atau 'Gate of the Gods' dan 'Babylon' pula datang dari bahasa Greek. Nak tahu lagi history Babylon, klik Babylon - Ancient History.
Berbalik kepada tujuan sebenar perkongsian Khamis, Cik Oren baca tafsir Al-Quran. Betullah kata orang, membaca tafsir ini boleh buat kita berfikir tentang pelbagai perkara selain ia dapat dijadikan panduan. Ringkasnya, kita ada pengetahuan mengenai kisah-kisah kehidupan orang di zaman dahulu. Sebagai contoh, Surah Al-Baqarah ayat 102 yang mengisahkan dua malaikat yang diturunkan di negeri Babil (Babylon) iaitu Harut dan Marut. Cik Oren cerita juga dengan housemate. Dia pun kata, "Oww..jadi negeri tu memang wujud."
Credit: Baca Blogspot |
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran-
ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa
pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan
sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan
itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua
malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan
(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan
mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari
mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi
mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya
membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa
yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik
di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih
untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.
Tafsir Ar-Rahman
Sekian.
Jemput baca: Doa Untuk Elak Suami Isteri dan Anak-anak Bergaduh
#oren
2 comments:
Bertambah secebis ilmu :) thx comel...
Ilmu bersama sis Ayu. :)
Post a Comment