Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Friday, 2 May 2014

Puisi 2 : Kerdilnya Aku


Credit : Caza




Duhai hati,
Mengapa mudah benar kau robek?
Mengapa mudah benar kau terguris?
Tiada tertahan olehku
Sekalipun mungkin kata-kata itu 
tiada tersengaja kasar lafaznya
Isyak menyapa namun masih jua
tangisku berlagu.

Ya Allah,
Sedar aku ini  hambaMu yang kerdil,
Sedar aku ini tiada lari daripada ujianMu,
Sedar aku ini semakin cuba mendekatiMu
semakin kuat aku diuji,
Sedar aku ini perlu berbahagia bila diuji,
Kerdilnya aku.
nukilan : Cik Oren - Mei 1, 2014

#oren

4 comments:

Cik Hanizk said...

sabarlah... jangan bersedih hati... Allah kan ada :)

Rina Zaidi said...

Ya Cik Hanizk. :)

Encik Ket said...

usah dibiar perit merantai hati, kelak jiwa tersepit murung. pecahkan ruyung yg memenjara jiwa, kibarkan sayap menyusuri langit indah. lihatlah, nikmat Illahi nan tak terhingga, terhampar di muka bumi. lalu bertanya pada sang hati, duhai hati nan bersedih, butakah engkau akan nikmatNya?

Rina Zaidi said...

Terpaku di hati. :) Suka, suka, suka. Thank you En. Ket.

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren