Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Tuesday, 29 April 2014

NUFFNANG : CPUV Campaigns


Assalammualaikum & Hi.

Thanks Nuffnang.
       Cik Oren ni selalu tak sedar "payday" gitu. :) Cek je akaun Nuffnang, duit tabung dah bertambah. Quite surprised juga sebab blog kita ni baru bertapak tapi dah rezeki kita. Syukurlah. Thank you so much buat anda sekalian yang sudi klik ads Nuffnang kita. :)

Terima kasih daun keladi,
Ringan tangan klik ads lagi.

~ : : PERKONGSIAN : : ~
 
             Pernah lihat kucing terbiar di lorong-lorong kedai dan di mana saja? Apa perasaan anda? Kalau Cik Oren, mudah sangat nak sentuh kucing di mana saja Cik Oren jumpa. Seriously. Sampai dapat gelaran "Ibu Kucing" daripada ibu saudara Cik Oren.

             Kan dah kata jumpa kucing memang tak boleh lepas. Petang-petang jalan kawasan apartment. Jumpa Cik Kitty ni. Oh ya..hari tu ada seorang pakcik ternampak ragam Cik Oren bercakap dengan seekor kucing kat kedai makan. Entah faham, entah tidak kucing dan Cik Oren. Subhanallah katanya.

Kasih kita sesama makhluk Allah SWT.
Kalaupun kita tak sukakan kucing, usah ganggu kucing ya?
Dan juga haiwan-haiwan yang lain.


#oren


2 comments:

MissNadia said...

Kucing tu penenang jiwa :D

Rina Zaidi said...

Setuju Miss. :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren