Jika tiada apa yang hendak diperkatakan, maka lebih baik
kita diam daripada kita mengata yang bukan-bukan.
Bermacam ragam orang di sekeliling kita. Itu ini, begitu begini. Akan adanya yang membenci, ada yang menyukai kerana manusia itu ramai dan bukan mudah untuk kita puaskan hati semua orang. Jikalau kita terasa dengan orang membenci kerja-kerja kita, TANYA DIRI SEMULA kita kerja untuk siapa sebenarnya? Manusia ataupun Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. - Hilal Asyraf
Terkadang apa yang terjadi pada kita itu kerana sesuatu yang pernah kita buat di masa lalu yakni kifarah. Wallahu a'lam. Kita terfikir kenapa orang mengata kita, buat jahat kat kita, cakap kasar sebakul ayat setajam pisau dengan kita. Cuba imbas kembali apakah kita pernah buat kat orang lain sebelum ini? You get what you give, whether it's bad or good. -Sandra Bullock
Sebagai peringatan bersama, kita ini manusia.
Bersabarlah ketika berhadapan dengan mereka yang punya sifat dengki, benci. Diam itu bukanlah bermakna kita kalah atau salah. Meminta maaf walau kita tak salah atau memaafkan orang itu takkan menjatuhkan maruah kita.
"Hidup untuk Allah S.W.T suka, bukan untuk manusia redha. Kerana itu kita buat apa yang Allah S.W.T suruh kita walaupun seluruh manusia menentang kita denga kuat. Kerana sokongan dan pujian manusia hanya sekadar di dunia, sedangkan kasih dan sayang Allah S.W.T hingga ke akhirat sana." - Hilal Asyraf
Perkongsian ini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa, sekadar tanggungjawab sesama insan untuk saling memperingatkan antara satu sama lain. Maaf andai ada silap. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.
Sekian.
2 comments:
salam jumaat memang betul tu dan sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut...
Salam jumaat Cik Oren :) Betul tu..lidah kita ni lebih tajam dari mata pisau..bak kata org..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata..badan binasa..haa
Post a Comment