Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Sunday, 27 July 2014

Tegur Jangan Sampai Hina

Assalammualaikum & Hi.

Salam Ramadhan ke-29.
Korang dah kat kampung masing-masing ya? #SalamAidilfitri.

Google
        Macam-macam yang kita lalui dalam kehidupan seharian. Termasuklah blog kita sendiri. Tak semuanya perfect dari setiap sudut. Tak lepas dari kritikan-kritikan, suara kecil berbisik itu ini. Mula-mula memang rasa jatuh sangat tapi bila difikirkan semula, aku perlu perbaiki. Bukannya membiarkan semangat berblogging ini padam begitu saja. Memang tak ada orang yang senang menerima kritikan but Think Positive! 
         
      Aku suka baca blog Aku Penghibur walaupun aku jarang berkunjung ke laman blog brother ni. Kenapa? Sebab tuan empunya blog itu tak pernah berputus asa. Macam-macam kritikan dia dapat tapi dia still aktif berblogging. Dia bersikap positif ketika berdepan dengan kritikan-kritikan kari ayam yang kurang lemak santan. Tapi dalam hati dia, tersimpan seribu satu duka agaknya. Salah satu ungkapan nasihat daripada beliau ialah:

"Tak kiralah kamu blogger baru ke, blog dah senior dan kamu blogger famous sehinggakan 1 Malaysia dah kenal kamu tapi tolong jaga apa yang kamu pertuturkan dan apa yang kamu tulis."
Tak kiralah kamu blogger baru ke, blog dah senior dan kamu blogger famous sehinggakan 1 Malaysia dah kenal kamu tapi tolong jaga apa yang kamu pertuturkan dan apa yang kamu tulis.  - See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/11/boleh-jika-mahu-memberikan-kritikan.html#sthash.ihgSmpTl.dpuf

       Kita tak dapat puaskan hati semua orang. Tak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan. Aku aktif blogging sebab aku minat. Aku tak ada buku diari cantik warna-warni untuk aku tulis apa sahaja tentang life. Semuanya aku simpan dalam hati. *berfikir sejenak. Agak skema juga aku ni. Aku tahu blog aku ini campur aduk macam adunan kek lapis Sarawak, tapi million thanks buat rakan-rakan blogger yang selalu berkunjung ke mari. Bergalon-galon maaf dari pihak Kaktus Oren atas kekurangan dan In Sha Allah nantinya akan aku perbaiki dari masa ke semasa ya?
       
TIPS Menangani Kritikan
  • Tahan diri daripada marah - memang setiap orang ada hak bersuara tapi biarlah beralas. Tahan marah sekalipun hingga muka kita merah padam. Jika tidak, kita susah untuk menangani masalah lain.
  • Terima kritikan dengan sikap terbuka & positif - Kritikan itu mungkin salah pada kita, namun pengkritik menganggap ianya betul. Kita perlu bersikap terbuka dan cuba perbaiki; ubah pandangan pengkritik.
  • Jangan balas kritik dengan kritik - Api lawan api takkan dapat padam, malah jadi abu; hangus. Cubalah tenangkan fikiran. Sejauh mana kritikan seseorang itu memberi kesan kepada diri kita? Fikir sejenak. :)
  • Tanya diri sendiri - Tanya diri kita tentang apa yang perlu kita lakukan; perbaiki. Bukannya kita kritik orang juga dengan tutur kata tidak beralas. Ada kritikan membina, ada juga tidak. Terpulang pada individu itu sendiri macam mana dia menilainya.

Sekian.

8 comments:

CT Humairah said...

huurm.. kekadang kita menegur macam diri kita perfect sangat kan. lepas beriya tegur orang lepas tu kita buat salah yang sama. pfft macam ketam ajar anak jalan betul.. diri sendiri banyak kekurangan lagi.

tak apa kita boleh baiki :D

Nini Hanini said...

tulah kan,walaupun apa yang kita tulis tu sekadar dialam maya tapi dah mencerminkan diri kita yang sebenar. herm...

Karya Mahirah said...

erm... ada jugak manusia biadap mcm tukan... si pengkritik bahasa kesat tu klu dah tak suka, kenapa sibuk dtg bertandang ke blog org? Klu tak suka tu unfollow jelah, kan senang. huhu... kesian acik tu...

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Insyaallah. Mari kita perbaiki diri.
Thanks atas sharing kalian.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ada ke macam tu, kak? Tak suka..tapi follow juga ea..

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Tak sempat singgah blog akak.
Nanti saya datang kacau ea. Hehe..

Amy J said...

tak baik mengutuk orang. bila kita kutuk, kritik, sampai bila orang tu nak berubah.

tapi setiap orang ada cara berlainan untuk kita tegur dia. we have to know the way how to communicate with each of them.

Karya Mahirah said...

ada juga... dia suka jadi stalker... huhu senang nanti singgah ler ye.. hihi..

This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren