Assalammualaikum & Hi.
Sila beri perhatian kerana ini Zon Kecik Comel Viva Elite membaca.
Salam Ramadhan, bulan yang penuh berkat & keinsafan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai
orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu
sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu.
Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)
Pesanan ikhlas: Puasa elok-elok, jangan puasa buka periuk. *krik, krik, krik
Antara hikmah puasa Ramadhan ialah:
1. Rasa bersyukur
Berpuasa mengajar kita tentang bersyukur.
Penting untuk kita bersyukur dengan segala nikmat kecil atau besar
yang dikurniakan Allah SWT di dalam kehidupan seharian kita.
Lafaz saja "Alhamdulillah", senangkan dari segi pertuturan?
Dari segi perbuatan pula, gunakanlah nikmat yang kita ada ke jalan
yang Dia redhai. Jangan salah guna.
2. Disiplin Waktu
Semuanya kena jaga.
Waktu makan, waktu tidur, waktu SOLAT, waktu berbuka,
waktu bangun, waktu baca Al-Quran dan yang seangkatan dengannya.
3. Bersederhana dalam kehidupan
Bila berpuasa, memang nafsu makan kita tahap lapar dinosaur.
Jalan-jalan bazaar, semuanya kita nak. Ishhh..ayam percik!
Bersederhanalah ketika hendak berbuka bagi mengelakkan kita
membazir dari segi wang dan makanan. Membazir itukan amalan syaitan?
Kalau ada rezeki lebih, baiklah jika kita hulurkan bantuan kepada
mereka yang memerlukan.
4. Eratkan hubungan persaudaraan
Ramai orang pergi masjid nak solat tarawih ni.
Latar belakang kita berbeza, namun kita saudara seagama.
Inilah salah satu cara kita eratkan hubungan sesama kita.
5. Keseimbangan hidup
Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah puasa.
Di bulan yang mulia ini juga, kita kena lebih bersemangat
untuk menambahkan amal ibadat kita. Tahan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang melalaikan. Berhati-hati
dalam setiap perbuatan dan pertuturan kita.
Sekian warta dari Warga Kecik.
Credits: Gambar galeri Google & Blog My 88db
#oren
12 comments:
insyaAllah...salam singgah 1st day ramadhan ; semoga kita sama2 menuju kejayaan Taqwa Ramadhan yg sebenar kali ini..
BW dari Bloglist pcl.. tq.
selamat berpuasa xD
In sha Allah PCL. :) Salam Ramadhan.
You too Ana. :) Salam Ramadhan.
selamat menjalani ibadat berpuasa :D
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/
moga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat rahmat serta keberkatan dariNYA
Salam Ramadhan Iola & Farhanah. :) In sha Allah.
Bw :)
Salam singgah dari irra
New entry
http://www.irrayyan.com/2014/07/garam-bukit-himalaya-diet-alkali.html?m=1
Selamat berpuasa ^^
tak sempat pergi masjid... berimamkan suami jela terawih tahun ni... semoga lebih barakah... ameen :)
Alhamdulillah, suami imamkan. :D
pi masjid teraweh pun imam buat gile punye laju, semput aku!
teraweh bererti istirehat. tp klau dah laju mcm tu rehat ke?? nak je pi sound imam tu, tp apakan daye kan ilmu ku cetek. :/
bulan ramadhan ni rase ringan sikit nak beribadahkan,.
btw, salam 6 ramadhan.
mari berpuasa jangan mengikut nafsu
jangan kita amalkan ikut perangai hantu
kisah... di.. bulaan puasa... :D
Boleh pulak Ket semput. Haha. Orang muda ni..
Post a Comment