Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Friday, 30 May 2014

JUMAAT: Bersabar dalam Bersabar

Assalammualaikum & Hi.

Credit: Google
Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada Yang Esa
Bagai ombak penghias samudera.

#PahrolMJ

#oren

4 comments:

nana liena said...

kita dapat ujian ringan sekalipun,tetap mengeluh.. #sigh. huhu

Rina Zaidi said...

Kan? Selalu macam tu..prrrrrr.. :) Sabar.

Amanina Mads said...

setiap org akan dpt ujian tp dgn ujian yg berbeza kan.. yg penting sabar dan redha :)

Rina Zaidi said...

In sha Allah. :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren