Assalammualaikum & Hi.
Kisah Nabi Adam A.S
Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah SWT untuk bersujud di hadapan
Nabi Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah SWT yang diberikan amanah menguasai bumi. Iblis merasa dirinya lebih mulia kerana
ia diciptakan daripada
unsur api, sedangkan Nabi Adam daripada tanah dan lumpur. Sifat
bangga akan asal usul menjadikan iblis sombong dan merasa rendah untuk
bersujud menghormati Nabi Adam A.S walaupun telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Sumber: Buku Kisah-kisah Para Nabi & Rasul, Al-Hidayah
Teruskan membaca ya? Terima kasih. :)
Hiasan: Blog FAEZ |
"Atau siapakah yang dapat memberimu rezeki jika Dia menahan rezeki-Nya?
Bahkan mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri(dari kebenaran)."
Surah Al-Mulk, ayat 21.
"Dan sungguh, ia(syaitan itu) telah menyesatkan sebahagian besar di antara
kamu. Maka apakah kamu tidak mengerti?"
Surah Yasin, ayat 62.
Dalam hidup yang sementara ini, ubahlah sifat-sifat mazmumah(tercela) yang kita rasa ada dalam diri kita, yakni terapkanlah sifat-sifat mahmudah(baik). Kalau ada rezeki lebih, bersyukurlah dan manfaatkan ke jalan Allah SWT. Misalnya, bersedekah.
2 comments:
Bila kita sombong tak akan ada orang yang nak dekati kita.
Nice sharing. Salam singgah.. =)
Kan? :)
Post a Comment