Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Saturday, 16 July 2016

bila sebut pasal raya

Assalammualaikum & Hi :)


     Bila sebut pasal raya, semua ingat hari raya. Tapi jangan pulak kita lupa, ada 1001 kata berkait dengan raya selain hari raya (korang nyanyi la tu kan? hihihi) SALAM AIDILFITRI semua. Haaa..tak terlambat nak ucap. 
Sibuk la budak ni. Orang raya, dia lagi la raya sakan koyakkan tisu 1 gulung. Mengamuk kena tinggal sendiri. Meow!!
      Abaikan budak hidung comot tu ala-ala handsome pakai Tuxedo macam Mark Adam. Oopss! Dia gegirl la; Che Kucing (mohon diingat namanya tau??) Ya sudahlah cerita pasal dia. Nak tahu lebih lanjut, tanya kat dia sendiri la. Sambung cerita raya kita pulak.

Tak kira apa bangsa, orang Melayu orang Cina orang Putih atau orang India orang timur orang barat di seluruh dunia ada hari raya :) Ini baru kumpulan kecil dah riuh rumah keluarga.
       Macam blur je gambar ni bila upload kat blog. Ngehhh. "Malay Chinese - Kedayan" be like Rojak Buah. Sebelah nenek perempuan bangsa Cina (tapi kitorang tak reti cakap Cina) Hihi. Cik Oren tak la bermata sepet sebab dah campur darah Iban; ayah mualaf :) Best sebenarnya perkahwinan campur ni. Bila musim perayaan Gawai ke, Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, kita pergi beraya rumah sanak-saudara. Meriah :) Apa kata orang ni...berlainan agama, bangsa bukan bererti hubungan kekeluargaan terputus.


       Ni mesyuarat kuih mana yang sedap nak dimakan. Sorang rasa dulu, kalau okay semua makan. Haha. Apa punya perangai. Padahal popia inti udang tu juga yang kena sambar dulu. Tak pun Popia Ikatan Kasih yang simpul-simpul simpulan bahasa tu. 3 hari beraya sakan dan bila dikira berapa rumah kita naik, 20 lebih. Kembung perut kononnya nak berpantang minum air bikarbonat. 2-3 buah rumah saja hidang air tin soya. Apapun, moga hubungan kekeluargaan kita dengan keluarga baik yang dekat atau jauh akan terus terjalin. 
Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu
Mau jadi buaya
Selamat Hari Raya!!! 

 
 


2 comments:

nurul rasya said...

mat ri ye

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren