Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Saturday, 23 January 2016

RAHSIA KULIT WAJAH CANTIK

Assalammualaikum & Hi.


"Nak cantik, muka flawless tak semestinya perlu berbelanja mahal." Setuju ke idok? Itu pendapat Cik Oren ya dear readers sekalian?? :) Lagi satu hal, entry ni panjang berjela ***nak kulit cantik, kena baca sampai habis
       Nak tahu RAHSIA kulit wajah cantik tanpa perlu berbelanja mahal? Bajet penjagaan kulit muka Cik Oren tak beratus aiiii. Barang baik, kita kongsikan bersama kan? Untuk kulit muka berjerawat / mudah naik jerawat, muka pun merah-merah putih melati Ali Baba, ada member suruh cuba pakai Krim Kunyit & Sabun Kunyit Thailand. Beli la kat member RM10.00/set. Terpedaya dengan kecantikan kulit member. Seminggu lepas pakai, liang pori wajah mengecil, wajah berseri. Dia pakai, dia jual. Thorbaikkkkk!!!
Gambar ihsan Google
      Hari ke-3 pakai sabun kunyit, nampak la perubahan sikit. Muka kembali segar, tak kering & halussss (ikut gaya Harith Iskander iklan Nescafe). Pendek kata, kulit wajah kembali anjal. Haaaa..tapi itulah. Lain orang, lain kesannya. Ada yang tak sesuai pakai produk ni & paling best sabun ni bukan sahaja digunakan untuk kulit wajah kita. Nak tahu kelebihan produk ni??

Sabun kunyit:
  • Kunyit mampu menanggalkan kotoran.
  • Mencerah dan menghaluskan kulit
  • Bunga marigold berupaya mencerahkan ketiak dan badan.
  • Berkesan juga untuk mengecutkan jerawat.
  • Kandungan minyak jojoba boleh digunakan untuk mencuci wajah dari kesan solekan.
  • Melembap, menyegar dan menyerikan kulit.
  • Vitamin B mencegah pigmentasi serta melambatkan proses penuaan kulit
Gambar ihsan Google
Krim kunyit:
  • Mengecutkan jerawat.
  • Menghilangkan parut-parut jerawat. 
  • Menghilangkan jeragat. 
  • Menghilangkan tompok-tompok dan bintik-bintik hitam.
  • Melincinkan kulit muka.
  • Mencerahkan kulit muka.
CARA PENGGUNAAN :
Cuci muka terlebih dahulu. Setelah bersih barulah sapukan krim kunyit secara nipis ke seluruh muka.Gunakan pada waktu malam.
Selain itu... 
     Cik Oren pakai produk penjagaan kulit wajah SAFI. Untuk pencuci muka, saya pakai set khas untuk masalah muka berjerawat iaitu Safi Balqis White Trilogy 2 in 1 (Pembersih & Penyegar) di samping mengawal minyak dan jerawat pada kulit wajah. Mesti ada yang terfikir, tak rosak kulit wajah ke pakai 2-3 pencuci muka dalam 1 masa?? Hmmm..tapi setakat ni alhamdulillah. Sabun kunyit tu saya pakai waktu malam sebelum tidur. Lepas tu pakai krim kunyit. Pencuci muka Safi ni pakai siang. Tak berani, jangan ikut saya. Huhuhu.
Mengecilkan pori, mencerahkan kulit wajah, menghaluskam & melembapkan kulit
 TONER IS A MUST!
Mengetatkan pori wajah, menyegarkan kulit, menghaluskan & melembutkan kulit, mencerahkan kulit, menyamaratakan tona kulit

     Lastly, untuk kelembapan kulit sepanjang hari, Cik Oren pakai SAFI NATURAL; Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda. Hasilnya, kulit lebih segar, lembap, lembut & berseri. Total cost cantik dengan SAFI ni around RM34.00. Info & gambar SAFI Skin Care
    Suka Cik Oren nak ingatkan, hentikan penggunaan sesuatu produk sekiranya memudaratkan kulit wajah. Share pendapat & info anda di ruangan komen ya? Ada gunanya untuk rakan readers yang lain jika anda share. Promote saja apa2 di ruangan komen for FREE. Hihi 
Sekian, terima kasih. 

5 comments:

Aqilah Azmi said...

wah wah wah cik oren hihi tulah. makin ramai guna krim kunyit ni aaa terliur gak ihihihihi qila pakai garnier je :/ mcm nak tukar tp tak sure nk pakai mana. takut sikit dgn local products sometimes hikhik.

Rina Zaidi said...

Kan..viral dah krim kunyit. Nasib kuningnya tak permanent. Haha. Pakai saja produk yang memang dah sesuai dengan kulit. Takut nanti tak serasi dengan produk lain.

Cik Itah said...

femes sudah krim kunyit ni. eh eh..sama la sy pun guna safi balqis :)

Rina Zaidi said...

Safi jak sesuai ni Cik Itah. :D

ordinary wawa said...

Sekarang saya guna produk campur-campur. Tapi kebanyakan memang produk Safi.

http://angellovesoldier.blogspot.com/

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren