NASI LEMAK MISKIN, NASI LEMAK MISKIN!! RM2.00 sebungkus!
Credit: Nasi Lemak Miskin (page) |
NLM semakin menjadi sebutan warga Miri dan bau sambalnya terhidu hingga ke negara jiran, Brunei. Dengan nama yang agak menarik, membuatkan ramai orang tertanya-tanya kenapa NASI LEMAK MISKIN? Bukan insan bernama Miskin ya, bukan juga Abang Jehan Miskin kita tu. Hihi. Inilah yang dikatakan kelainan dalam dunia perniagaan. Mesti ada keunikannya yang boleh membuatkan mulut orang ramai tak reti penat nak bergosip pasal nasi ni. Sidak madah "tok boknya" kan? Gia la orang kita.
Credit: Nasi Lemak Miskin (page) |
Kandungan NLM sama saja kandungannya dengan nasi lemak biasa kita beli kat Makcik Sebelah Rumah, Kak Limah Balik Rumah, Makcik Lehot. Kandungan yang tak boleh dipisahkan nasi lemak, telur rebus (sebelah sahaja) ***hihihi, kacang goreng, ikan bilis or pusuk (Sarawak) & semestinya sambal goreng. Lagi pedas, lagi sedaappp. Cik Oren belum rasa tapi in sha Allah, suatu hari nanti. Boleh cek kat IG @nasilemakmiskinmiri / #nasilemakmiskinmiri. By the way, all the best buat krew-krew NLM. :)
"MAKANAN ORANG KITA"
Sekian.
2 comments:
menarik nama nya..
nie baru la nasik lemak.. adui sedapnye..
Post a Comment