Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Sunday 14 September 2014

Snorkeling at Mamutik Island

Assalammualaikum & Hi.

We changed the plan!

       At the first, we planned to go to Sapi Island. But then, we change the decision  upon our arrival at the Jesselton Point. We have chosen to go to Mamutik Island, one of Tunku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu. Best moment ever? Menaiki bot seakan-akan kita bermain banana boat, atau boleh juga dikatakan seperti menunggang kuda. Rasakan hentakan bot laju melawan ombak. Melatah aku dibuatnya. Kalau dapat, remuk habis patah saja tidak besi yang digenggam. *kasi simpan jantung dalam balang.

***Teruskan membaca tau. :)

Mamutik Island

        Bajet seorang student dalam RM50. Cik Oren & friends bayar RM36.60 per pax including jetty fee, goggle & life jacket. Macam biasa menggunakan super power "student price". Kitorang sampai lebih kurang jam 9.00++ pagi. Belum ramai orang yang datang. Apalagi, breakfast dulu sebelum aktiviti snorkeling jadi duyung atau dugong. *pilih yang mana satu. Hihihi

We're ready!
First session for snorkeling.
Dan sebenarnya~~~
Saya tak berenang sendiri. Diorang yang pimpin.

         I know that I can't swim very well and exactly I don't know how to swim well. Sama dengan saja pun. Eh! Kau ini. So, both of them hold my hand. Yeay! Kitorang snorkeling tak jauh sangat sebabnya Cik Oren punya pasal. Gayat, penakut, panik dan yang sama waktu dengannya. Anggaran kedalaman laut yang Cik Oren redah kira-kira 140++ cm. Lebih kurang tinggi tuan punya blog. *jangan gelak sakan. ishhh

Tamat untuk sesi pertama snorkeling.

        Walaupun hanya berpaut pada kawan untuk berenang, tetap berpuas hati kerana Cik Oren berjaya melawan kelemahan *ececeh. Terang jelas melihat keindahan hidupan marin; terumbu karang, pelbagai jenis ikan bermacam warna. Ada pula sekumpulan ikan ni bikin panik. Suka sangat gigit kaki. Terjerit kita dibuatnya. Pastikan kaki anda bergerak ketika berehat sambil terapung di permukaan air untuk mengelakkan diganggu ikan yang nakal. *Nasib baik ikan tu comel.

 Tengok kucing pulau, Si Comel.

           Jam 1.00 petang, kitorang pergi snorkeling lagi. Kali ini orang lain pula yang pimpin. Thanks Mr. Life Guard. Dia bawa lagi jauh. Kita pergi tengok Nemo yang comel! Comel habis nemo-nemo sekalian. Cik Oren pegang Nemo untuk pertama kalinya. Terjerit bagai kanak-kanak ribena dibuatnya. 

Ready nak balit dah.

Mana-mana tempat ada keunikannya. Cuti-cuti Malaysia! #VMY2014

"Terokai keindahan alam di tanah tumpah darah kita kerana
 di sini lahirnya sebuah cinta yang murni, abadi, sejati."





2 comments:

Unknown said...

Sy dah 2x snorkling kat situ.. try mat pulau sapi..best jugak..

Cik Itah said...

salam. alahaiii bestnya!

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren