Copyright© All Rights Reserved by Kaktus Oren

Friday, 20 June 2014

JUMAAT: Gejolak di Hati Insan

Assalammualaikum & Hi.
Salam Jumaat.
Google
"Meningkatkan diri agar memiliki kualiti hati sehingga tidak mungkin ada yang merendahkan kita, malah mungkin dapat meningkatkan darjat hidup orang banyak lain." -AkuIslam.com

Rasa rendah diri?
Kekurangan pada diri?
O o o o..bangkit kau kawan!
Pulihkan semangatmu!

         Apa? Malu? Tak boleh terima kekurangan diri sendiri? Ingat, kalau bukan kita sendiri nak perbaiki, siapa lagi? Ramai orang boleh nasihat dan tunjuk ajar kita TAPI kalau kita sendiri enggan, macam mana nak lengkapkan diri? Jadikan kekurangan diri itu sebagai kekuatan kita. Jadikan ia sebagai cabaran anda untuk memajukan diri. Setiap orang ada kisah masing-masing. Cik Oren pun pernah macam tu. Ada masanya kita jatuh, ada masanya kita senang. Terkadang itu kita memilih untuk bersendiri bila rasa rendah diri. Think Positive! 

Cara Mengatasi Gejolak di Hati.
  • Buang perasaan risau yang melampau kerana ia memberi kesan kepada fizikal dan mental. Ia juga membuat kita sedih, kecewa dan TAKUT. Latih diri kita untuk kawal emosi.
  • Banyakkan bersyukur ke atas nikmat yang diberi dan mudah memaafkan agar hati terhindar dari perasaan negatif.
  • Cekalkan hati untuk memupuk kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Tahu aku,
Mungkin tidak sepetah mereka bila berbicara,
Mungkin tidak berpengetahuan seperti mereka,
Mungkin tidak dipandang seperti mereka,
Mungkin hadirku tidak sepenting apa.

Tahu aku,
Hati kecil ini tiadalah kalis duka,
Tiadalah juga ia beralaskan sutera,
 Ku pendam saja biar tersimpul rapi,
Segala rasa kugaulkan sebati adunannya.
Nukilan, Cik Oren

Sekian.

#oren

2 comments:

Unknown said...

hai salam perkenalan....jom singgah n follow blog ayu pulak.. www.qaysaasupplement.blogspot.com

Unknown said...

Setuju! Kita kena upgrade diri supaya jadi lebih confident dan berkarisma.... Bila kita ada something good, barulah orang pandang....betul tak Cik Oren?

 
This Blog Are Protected And Full Designed by Shyue Kim For Kaktus Oren