Assalammualaikum & Hi.
Diceritakan bahawa suatu masa dulu kaum Bani Israil
menjadikan patung anak sapi sebagai
persembahan yang di buat oleh Samiri.
Credit : Quran.Com |
“Dan (ingatlah) ketika kami
menjanjikan kepada Musa empat puluh malam. Kemudian kamu (Bani Israil)
menjadikan (patung) anak sapi (sebagai persembahan) setelah (kepergian)nya, dan
kamu (menjadi) orang yang zalim.”
Al-Baqarah, Ayat 51
Diperintahkan pula oleh Allah agar kaum itu menyembelih seekor sapi betina. Lalu mereka bertanya
apakah itu 1 ejekan terhadap mereka?. Dijawab pula oleh Musa, “Aku berlindung
kepada Allah agar tidak termasuk orang-orang yang bodoh.” – Al-Baqarah, Ayat 67
Hikmah Allah menyuruh menyembelih
sapi betina ialah agar hilang rasa penghormatan mereka kepada patung anak sapi
yang pernah mereka sembah. Dalam ayat 68, telah dijelaskan kepada kaum itu tentang
jenis sapi betina bahawa tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu. Di dalam ayat 69, dijelaskan oleh
Musa tentang warna sapi betina iaitu berwarna kuning tua, yang menyenangkan
orang-orang memandangnya.
#oren
No comments:
Post a Comment