Assalammualaikum & Hi :)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Bukanlah kekayaan
itu dengan harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati. “ (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Kaya pada ilusi, bukan pada realiti.
- Orang kaya yang berada dalam kategori ini terseksa hidupnya akibat sifat tamak, hasad dengki dan sibuk dengan urusan dunia hingga mengabaikan tanggungjawab.
Ada orang berharta namun tidak pernah merasa puas dengan apa
yang dimilikinya; asyik mengumpul harta hingga tanggungjawabnya terabai. Ada
insan memiliki wang yang banyak namun
tidak dapat merasai kemasinan garam kerana menghidap penyakit darah tinggi.
Ada juga orang berada yang tidak dapat merasai kemanisan gula kerana penyakit
kencing manis yang dihidapinya. Ada yang tidak tenang hingga tak dapat tidur
memikirkan tugasan, temu janji dan perancangan untuk memajukan bisnesnya.
Jelaslah bahawa harta bukan ramuan untuk mendapat
kebahagiaan dan ketenangan hidup.
Sumber: Semuanya Soal Hati, Pahrol M.J
#oren
No comments:
Post a Comment